Wednesday, June 20, 2012

Sehari Bersama YB Nizar

Acara melepaskan 40,000 anak ikan ke dalam Sungai Perak.

Bergambar bersama peserta Konvoi di Kolam di Teluk Kepayang.

YB Nizar, Ustaz Ismi, berjalan kaki bersama peserta Konvoi dari Pekan Bota ke tepi Sungai Perak.

Ketua Petugas Unit Amal, Hamzah menerangkan sesuatu kepada YB Nizar.

Edaran Risalah di Pekan Bota.

Menyantuni para peniaga di Pekan Sehari, Bota Kanan.
Menyantuni para peniaga di Pekan Sehari, Bota Kanan.

Menyantuni pengunjung Pekan Sehari, Bota Kanan.

Sdra Nuri dan Omar, bersama menawan Sungai Perak.

Bersama pemilik Kolam di Teluk Kepayang.

Bergambar kenan-kenangan.


Konvoi menaiki bot menawan Sungai Perak.

Konvoi menaiki bot menawan Sungai Perak


Puluhan kereta menyertai Konvoi Sehari Bersama YB Nizar dan Jabatan Amal, Parit.

Puluhan kenderaan menyertai Konvoi Sehari Bersama YB Nizar dan Jabatan Amal, Parit. 

Menjala ikan di Sungai Perak.

Konvoi bermotor, Yb Nizar dan Ustaz Ismi.

Jom Tengok Bola - Anjuran Pemuda Parit.


Thursday, June 7, 2012

Tarik pinjaman PTPTN: UMNO tak layak dipanggil pemimpin Bangsa.

UMNO dan Barisan Nasional dilihat sudah jauh menyimpang dari tujuan dan makna asal kedudukan mereka sebagai pemimpin dan penaraju kerajaan Malaysia apabila menjadikan Mahasiswa UNISEL sebagai mangsa dendam politik mereka. Tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar-pelajar UNISEL sebenarnya menampakkan imej negatif dan mencerminkan betapa kotornya amalan politik UMNO-BN.

Sebagai sebuah parti yang sudah lama memegang tampuk pemerintahan, tindakan tersebut menunjukkan UMNO sebenarnya tidak pernah belajar daripada kesilapan. Pertembungan UMNO-BN dengan Pakatan Rakyat tidak seharusnya melibatkan rakyat jelata. Tugas memimpin dan memberikan perkhidmatan adalah tugas dan tanggungjawab setiap pemimpin dan kerajaan di negara mana sekalipun.

Secara terang-terangan, UMNO-BN melalui menterinya menjelaskan bahawa penarikan Pinjaman PTPTN tersebut dibuat kerana tindakan Anwar Ibrahim yang dilihat bercanggah dengan pendirian Kerajaan. Tindakan yang sangat kurang bijak ini amatlah merugikan Kerajaan sendiri bahkan mengancam masa depan anak bangsa mereka sendiri.

Tindakan ini juga sebenarnya menunjukkan UMNO-BN tidak mampu menjadi kerajaan yang baik dan tidak layak memberikan perkhidmatan kepada rakyat kerana sikapnya yang semakin tidak matang, mungkin disebabkan oleh usianya yang semakin lanjut dan tersisa. Semoga baki masa dan usia BN yang sedikit ini dapat menyedarkan semula UMNO-BN daripada mimpi dan angan-angannya yang melampau.