UMNO dan Barisan Nasional dilihat sudah jauh menyimpang dari tujuan dan makna asal kedudukan mereka sebagai pemimpin dan penaraju kerajaan Malaysia apabila menjadikan Mahasiswa UNISEL sebagai mangsa dendam politik mereka. Tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar-pelajar UNISEL sebenarnya menampakkan imej negatif dan mencerminkan betapa kotornya amalan politik UMNO-BN.
Sebagai sebuah parti yang sudah lama memegang tampuk pemerintahan, tindakan tersebut menunjukkan UMNO sebenarnya tidak pernah belajar daripada kesilapan. Pertembungan UMNO-BN dengan Pakatan Rakyat tidak seharusnya melibatkan rakyat jelata. Tugas memimpin dan memberikan perkhidmatan adalah tugas dan tanggungjawab setiap pemimpin dan kerajaan di negara mana sekalipun.
Secara terang-terangan, UMNO-BN melalui menterinya menjelaskan bahawa penarikan Pinjaman PTPTN tersebut dibuat kerana tindakan Anwar Ibrahim yang dilihat bercanggah dengan pendirian Kerajaan. Tindakan yang sangat kurang bijak ini amatlah merugikan Kerajaan sendiri bahkan mengancam masa depan anak bangsa mereka sendiri.
Tindakan ini juga sebenarnya menunjukkan UMNO-BN tidak mampu menjadi kerajaan yang baik dan tidak layak memberikan perkhidmatan kepada rakyat kerana sikapnya yang semakin tidak matang, mungkin disebabkan oleh usianya yang semakin lanjut dan tersisa. Semoga baki masa dan usia BN yang sedikit ini dapat menyedarkan semula UMNO-BN daripada mimpi dan angan-angannya yang melampau.
No comments:
Post a Comment