Wednesday, May 16, 2012

"Rakyat dan Guru pemangkin Perubahan" - Datuk Adnan, Bekas Pengarah JPN Perak.

Datuk Hj Adnan Ibrahim, bekas Pengarah JPN Negeri Perak.
Seri Iskandar, 16 Mei - Majlis sambutan Hari Guru peringkat Perak Tengah berlangsung dengan meriah dengan dihadiri kira-kira 300 orang. Pengunjung yang kebanyakannya terdiri daripada kalangan guru-guru dan pendidik hadir bagi meraikan Sambutan Hari Guru anjuran PAS Kawasan Parit, dengan kerjasama Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan, Pendidik.

Selain meraikan jasa dan pengorbanan para guru dan pendidik, majlis tersebut juga diadakan untuk memperkenalkan PENDIDIK yang merupakan NGO yang berdaftar secara rasmi, ditubuhkan bagi memperjuangkan isu-isu yang berkaitan dengan sektor pendidikan negara. Di antara objektif majlis pelancaran NGO PENDIDIK ini ialah:

1. Sebagai satu wadah atau platform untuk menggerakkan kesedaran dan kebangkitan warga pendidik di seluruh Malaysia berkaitan isu- isu pendidikan dan perguruan di Malaysia.
2. Menyatukan semua golongan pendidik di bawah satu NGO agar semua tuntutan dan desakan atas apa jua isu pendidikan dan perguruan ’didengari’ oleh semua pihak yang berautoriti dan berkepentingan..
3. Sebagai satu saluran suara untuk memperjuangkan hak dan kebajikan guru yang tertindas dan dizalimi.

Hadir di dalam majlis tersebut termasuklah Yang DiPertua PAS Kawasan Parit, Ustaz Haji Muhamad Ismi Bin Haji Mat Taib, Cikgu Rostam, wakil Pendidik Kebangsaan, dan juga Datuk Adnan Ibrahim, bekas Pengarah Jabatan Pelajaran Malaysia.

Ustaz Ismi dalam ucapannya mengajak supaya para pendidik bangkit memimpin dan menerajui perubahan di Malaysia. Peranan golongan pendidik bukan sahaja mengajar secara formal tetapi menjadi agen penerap kefahaman dan fikrah yang jelas kepada masyarakat. Kebangkitan dan perubahan adalah perlu bagi menjaga institusi Pendidikan di Malaysia ini daripada dicemari oleh campurtangan pihak-pihak yang berkepentingan.

Datuk Adnan, yang juga pernah menjadi Ketua Penerangan UMNO Bahagian, mengajak seluruh hadirin untuk mengelakkan perpecahan dan bersatu atas kebenaran. Menurut beliau, tunjuk perasaan bukanlah satu perkarayang asing malah ia adalah lumrah tetapi perlu diletakkan pada tempat yang sepatutnya. Rakyat yang bijak dan celik, seharusnya mempunyai pendapat yang tersendiri dan meraikan pendapat orang lain supaya perbezaan pendapat ini tidak menjadi punca ketegangan dan perpecahan.

Selain itu, beliau juga mengajak seluruh rakyat khususnya warga pendidik di Daerah Perak Tengah untuk bangkit dan berubah. "Pemimpin UMNO-BN sudah sekian lama melanyak dan melantak duit rakyat, sekiranya PRU ke13 ini pun mereka menang, maka rakyat akan menanggung keseksaan untuk 5 tahun lagi," katanya dalam ceramah yang turut menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada warga pendidik khususnya warga guru Pasti dan tokoh-tokoh pendidik yang mencurahkan jasa dan bakti mendidik masyarakat.



Cikgu Mohd Ani, Bekas Pengetua Clifford(duduk dua dari kanan),
antara yang hadir memberikan sokongan.

Dr Najihah, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Parit, turut hadir menyerikan suasana.


Antara penerima Anugerah Tokoh Pendidik Perak Tengah.


Cikgu Kamaruzzaman (kanan)
Ustaz Abdul Kudus (tengah)
Cikgu Shairi

Cikgu Rabial
Ustaz Abu Hassan Johor (Kanan) juga merupakan bekas
 YDP PAS Kawasan Parit
Ust Bashir (Kiri) juga merupakan bekas Ahli Parlimen Parit.
Ustazah Muhamidah
Ustazah Fadzilah, Tokoh Guru Pasti (paling lama berkhidmat)
Ustazah Rohani, Tokoh Guru Pasti
Khemah penuh sehingga ada yang duduk di atas tikar.
Bersama-sama pengunjung yang duduk di atas tikar
 ialah Cikgu Mohd Ani, bekas Pengetua Sekolah Menengah Clifford,
 Kuala Kangsar. (duduk dua dari kanan)

Ratusan pengunjung hadir bagi memeriahkan sambutan.
YDP Pas Kawasan Parit, Ustaz Ismi ketika menyampaikan ucapan.
Berdiri untuk menyanyikan lagu "Negaraku" dan "Kami Guru Malaysia"
Datuk Adnan terserlah dengan baju kuning (simbol Bersih) sebelum majlis bermula.



No comments:

Post a Comment