Najib terus dilanda dilema untuk menentukan tarikh pilihanraya umum yang ke-13. Desakan demi desakan yang dikenakan ke atasnya menyebabkan Presiden UMNO yang juga merupakan pengerusi BN itu berada dalam dilemma dalam menentukan tarikh pilihanraya umum ke 13.
PAS Parit menyifatkan, apa sahaja tarikh yang ditetapkan oleh Najib untuk dilangsunkan PRU-13, tarikh tersebut jugalah yang akan menjadi tarikh Najib dan BN ditunjukkan jalan keluar dari Parlimen Malaysia. Malah, semakin lama beliau menangguhkan pengumuman tarikh ,semakin tinggi semangat seluruh rakyat Malaysia untuk menukar kepimpinan yang ada kepada kepimpinan Pakatan Rakyat.
Najib perlu sedar bahawa tarikh pilihanraya bukanlah hak mutlak UMNO-BN, sebaliknya ia adalah hak rakyat. Dalam negara yang mengamalkan system demokrasi, Najib yang kononnya bersungguh-sungguh ingin melakukan transformasi, perlulah meletakkan PRU ini pada tempat yang sepatutnya.
Walaubagaimanapun, najib hanya boleh memanjangkan tempoh hayat UMNO-BN selewat-lewatnya pada bulan Mac 2013 iaitu tidak sampai setahun dari sekarang. Jika Najib ingin berkhayal untuk mengekalkan jawatannya sebagai perdana menteri, dia hanya mampu berkhayal untuk 8 bulan sahaja lagi dan mimpi ngerinya akan menjadi kenyataan ketika rakyat mengundinya keluar dari Parlimen.
No comments:
Post a Comment