Untuk memastikan kedudukan Melayu terjamin, satu-satunya cara ialah memastikan semua calon PAS yang bertanding dalam PRU ke -13 ini memenangi kerusi yang ditandingi. PAS merupakan talian hayat terakhir orang-orang melayu untuk memastikan kedudukan dan kebajikan orang Melayu di pelihara.
Sejarah dan rekod membuktikan nasib orang Melayu gagal dibela oleh UMNO, sekalipun mereka lantang memperjuangkan bahawa mereka ialah pejuang asli orang melayu. Sebaliknya, apa yang UMNO lakukan selama ini hanyalah merugikan dan melingkupkan orang Melayu.
Satu demi satu tanah orang Melayu dibeli dengan harga murah, orang-orang Melayu dipindahkan ke rumah kos rendah yang tidak berpatutan, semua ini dilakukan oleh UMNO kononnya atas dasar pembangunan, adalah merugikan dan sama sekali gagal menjadi pejuang nasib orang Melayu.
Sekiranya orang-orang Melayu masih bergantung nasib kepada UMNO, nescaya nasib orang-orang UMNO ini akan dijual sendiri oleh UMNO kepada orang-orang bukan Melayu.
Justeru, PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam, oleh kerana nilai murni yang dianjurkan dalam Islam itu sahajalah yang dapat memastikan, bukan sahaja hak orang Melayu, bahkan hak semua kaum dan bangsa di Malaysia ini terus dipelihara dan terjamin sebaiknya.
No comments:
Post a Comment