Parit, 15 Mei - Ada pihak yang semakin tidak matang apabila mereka bertindak mencabut dan menghilangkan kain rentang yang digantung oleh PAS Kawasan Parit sempena sambutan Hari Guru. Kain rentang ucapan tahniah dan penghargaan kepada golongan pendidik yang digantung oleh petugas PAS kawasan Parit didapati sudah dicabut dan gagal dikesan.
Beberapa kain rentang didapati sudah dicabut dan tidak berada di tempat yangsepatutnya dalam tempoh tidak sampai 12 jam dari waktu kain rentang itu digantung. Tindakan seumpama ini dilihat sebagai satu tindakan tidak matang dan sama sekali bertentangan dengan semangat demokrasi yang diamalkan oleh Negara Malaysia selama ini.
Walaupun tidak dapat dipastikan siapakah dalang sebenar yang melakukan tindakan kurang ajar ini, namun besar harapan PAS Kawasan Parit agar kain rentang itu dikembalikan semula dalam keadaan yang baik sebelum apa-apa tindakan diambil. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
No comments:
Post a Comment